Sunday, August 21, 2011

Program 6P disambung lagi?

Med
Sesi Pendaftaran
Seperti dijangkakan lebih awal, Program 6P disambung sekali lagi buat kali ketiga. Kerajaan Malaysia memang hebat. KDN memang tip top dalam menjalankan amanah. Keselamatan negara perlu diutamakan. Bukankah limpahan pati merupakan ancaman utama sekarang selepas dadah?

Rakyat malah warga imigresen tidak pernah menafikan ancaman ini yang telah wujud di negara ini atas kelonggaran syarat dan prosedur serta kelemahan penguatkuasaan. Apabila adanya satu pihak ingin mengaut keuntungan maka pihak yang lain perlu mengorban masa mengekang 'side effects' yang berlaku disebaliknya. Dulu bila bercerita tentang kemudahan Visa On Arrival, Kementerian Pelancongan berkata inilah peluang negara membuat duit. Sekarang Visa On Arrival sudah ditamatkan. Kenapa? Kerana hasil negara tak seberapa, hasilnya lebih banyak dibawa keluar dari dibawa masuk. Ianya ditamatkan kerana berlakunya limpahan warga India dan China yang tidak mahu pulang dan terus mencuri hasil kita untuk diangkut keluar.

Sejauh mana pemimpin kita belajar dari kesilapan. Dulu kita pernah dijajah selama 500tahun oleh bangsa-bangsa asing. Segala kekayaan anak bangsa dikaut dan dibawa pergi. Ketika itu penentangan-penentangan kecil tetap dijalankan walau kesannya kecil. Kini apa yang berlaku adalah sebaliknya... kerajaan kita pula secara sukarela membenarkan ia berlaku atas nama pengukuhan ekonomi.

Sedih diakui bahawa kerajaan kita sekarang 'terlalu lembik'... kita masih terikat dengan pepatah "kera di hutan disusui, anak sendiri dibiar kelaparan." Tengok saja pada rakan-rakan yang bekerja di depot-depot tahanan. Sejauh mana kebajikan mereka dipelihara. Jika kita tengok pati kita di depot, kita boleh nampak bagaimana mereka ditatang bagai putera raja. Ada lagi negara lain yang mengamalkan sikap seperti kita? Rasanya tidak ada.

Program 6P boleh dijalankan. Memang tak salah. Cuma apabila nak membuat satu program mega macam ni, ambil kira kebajikan orang-orang kita. Berapa ramai yang terpaksa bekerja siang malam hanya untuk memenuhi satu program yang tidak diambil pusing oleh pati-pati. Mana hilangnya kewarasan kita? Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia, bulan yang dirahmat dan diberkati Allah. Ramai yang terpaksa meninggalkan terawih..meninggalkan keluarga tak kira masa. Ya Allah.. apa yang kita hendak dalam hidup ini sebenarnya? Tergugat sangatkah keselamatan negara ini sehingga tidak boleh ditangguh kemudian sahaja.

Kini bila program disambung sehingga 31 Ogos 2011 bermakna sebilangan besar dari pegawai-pegawai yang bertugas tidak dapat bersama keluarga menyambut hari raya. Hari Raya Aidilfitri, hari kebesaran umat Nabi Muhammad SAW. Apa yang kita ingin buktikan kepada dunia?

Sedih mengakui hakikat bahawa hari demi hari apa yang berlaku di Malaysia semakin tidak relevan. Moga Allah masih kasihi negara ini dan rakyatnya. Amin..

No comments:

Post a Comment