Showing posts with label Media Semasa. Show all posts
Showing posts with label Media Semasa. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Program 6P di Senawang

Sedang buat apa tu....
Hari ni aku dan Saipul ke YZ Printer untuk mendapatkan sebut harga bagi projek buku pengurusan latihan 2012. Setelah selesai perbincangan, aku mengajak Saipul ke Senawang untuk melihat sendiri suasana pendaftaran pati di bawah Program 6P.

Kehadiran kami disambut TPPI Syed Ahmad dan beberapa orang pegawai imigresen termasuk Haslida dan Zubair. Aku berborak sekejap, just bertanya khabar.

Aku tak pasti sejauh mana kepekaan KDN dengan isu 6P ini. Bilik Gerakan di Senawang ini lengang sahaja. Tidak ada pati mahupun pelanggan, yang tinggal hanya pegawai-pegawai kita yang kelihatan amat bosan dan tersiksa dalam menghabiskan saki baki masa yang ada sebelum tamat bertugas. Harap mereka dapat bersabar. Terima kasih juga layanan yang diberikan buat Atok.

Sumbangan pada Rakyat Somalia

Kita bukan kaya.. kita juga tak mewah.. cuma rezeki kita tak pernah putus. Jarang dengar orang Malaysia mati kebuluran, yang kedengaran hanya kes mati kerana terlalu kuat makan.

Mereka mungkin jauh di sana. Mereka mungkin tidak ada kena mengena dengan kita. Namun kita mempunyai Tuhan yang sama. Biarlah mereka dengan kepercayaan mereka tetapi yang penting kita tahu imbuhan Ar Rahman pada kita. Kasihilah sesama insan.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama


Rakyat berpendapatan kurang RM3,000 dibantu


IPOH 21 Ogos – Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sedang mengenal pasti langkah terbaik bagi membantu mengurangkan beban hidup rakyat akibat kenaikan harga barang.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan kurang RM3,000.
Menurutnya, kajian yang mengambil masa selama dua minggu itu akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diteliti sebelum dibentangkan pada belanjawan akan datang.
“Menerusi kajian ini, kita akan mengenal pasti pilihan terbaik bagi membantu masyarakat agar ia dapat dilaksanakan secara efisien dan efektif.
“Apa yang penting, langkah atau inisiatif yang dilaksanakan nanti dapat mencapai matlamat untuk membantu golongan tersebut dalam meringankan beban mereka,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan dan sumbangan raya, Teman 1Azam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.
Seramai 636 penduduk di Parlimen Tambun menerima sumbangan raya dan bantuan peralatan untuk usahawan yang kesemuanya bernilai RM680,000.
Ahmad Husni berkata, kerajaan memandang serius perkara itu kerana mendapati golongan yang berpendapatan kurang RM3,000 menerima kesan secara langsung ekoran kenaikan harga barang.


Harap janji tidak tinggal janji. Juga diharapkan kenaikan barang tidak terus naik dan naik mencanak. Biarlah pemberian ikhlas kerana simpati dan kerana Allah. Janganlah mencampuraduk keikhlasan dengan tujuan politik. Wallahua'lam

Sunday, August 21, 2011

Laman Sosial 1Malaysia

Laman sosial pertama 1Malaysia. Setakat ini hati belum terbuka untuk menyertai laman ini memandangkan laman facebook yang ada pun sudah mencukupi.


Bagi mereka yang teringin hendak menyertai laman sosial ini boleh terus ke http://wwww.1malaysia.com



Al fatihah buat seorang guru...

Arwah ustaz di GH Penang
Al fatihah buat arwah Ustaz Azizi bin Hj Abdullah. Beliau merupakan guruku semasa di Darjah 6 Hijau (1979) di Sekolah Rendah Tunku Abdul Malik. Beliau seorang pendiam tetapi cukup mesra.

Antara hasil novel beliau yang cukup dikagumi adalah Seorang Tua Di Kaki Gunung, Beruk, Kahwin-kahwin dan Anak Belantara. Beliau berada di Hospital Pulau Pinang selama hampir 6 bulan kerana komplikasi buah pinggang dan tekanan darah tinggi.

Moga Allah rahmati allahyarham. Ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al Fatihah

Program 6P disambung lagi?

Med
Sesi Pendaftaran
Seperti dijangkakan lebih awal, Program 6P disambung sekali lagi buat kali ketiga. Kerajaan Malaysia memang hebat. KDN memang tip top dalam menjalankan amanah. Keselamatan negara perlu diutamakan. Bukankah limpahan pati merupakan ancaman utama sekarang selepas dadah?

Rakyat malah warga imigresen tidak pernah menafikan ancaman ini yang telah wujud di negara ini atas kelonggaran syarat dan prosedur serta kelemahan penguatkuasaan. Apabila adanya satu pihak ingin mengaut keuntungan maka pihak yang lain perlu mengorban masa mengekang 'side effects' yang berlaku disebaliknya. Dulu bila bercerita tentang kemudahan Visa On Arrival, Kementerian Pelancongan berkata inilah peluang negara membuat duit. Sekarang Visa On Arrival sudah ditamatkan. Kenapa? Kerana hasil negara tak seberapa, hasilnya lebih banyak dibawa keluar dari dibawa masuk. Ianya ditamatkan kerana berlakunya limpahan warga India dan China yang tidak mahu pulang dan terus mencuri hasil kita untuk diangkut keluar.

Sejauh mana pemimpin kita belajar dari kesilapan. Dulu kita pernah dijajah selama 500tahun oleh bangsa-bangsa asing. Segala kekayaan anak bangsa dikaut dan dibawa pergi. Ketika itu penentangan-penentangan kecil tetap dijalankan walau kesannya kecil. Kini apa yang berlaku adalah sebaliknya... kerajaan kita pula secara sukarela membenarkan ia berlaku atas nama pengukuhan ekonomi.

Sedih diakui bahawa kerajaan kita sekarang 'terlalu lembik'... kita masih terikat dengan pepatah "kera di hutan disusui, anak sendiri dibiar kelaparan." Tengok saja pada rakan-rakan yang bekerja di depot-depot tahanan. Sejauh mana kebajikan mereka dipelihara. Jika kita tengok pati kita di depot, kita boleh nampak bagaimana mereka ditatang bagai putera raja. Ada lagi negara lain yang mengamalkan sikap seperti kita? Rasanya tidak ada.

Program 6P boleh dijalankan. Memang tak salah. Cuma apabila nak membuat satu program mega macam ni, ambil kira kebajikan orang-orang kita. Berapa ramai yang terpaksa bekerja siang malam hanya untuk memenuhi satu program yang tidak diambil pusing oleh pati-pati. Mana hilangnya kewarasan kita? Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia, bulan yang dirahmat dan diberkati Allah. Ramai yang terpaksa meninggalkan terawih..meninggalkan keluarga tak kira masa. Ya Allah.. apa yang kita hendak dalam hidup ini sebenarnya? Tergugat sangatkah keselamatan negara ini sehingga tidak boleh ditangguh kemudian sahaja.

Kini bila program disambung sehingga 31 Ogos 2011 bermakna sebilangan besar dari pegawai-pegawai yang bertugas tidak dapat bersama keluarga menyambut hari raya. Hari Raya Aidilfitri, hari kebesaran umat Nabi Muhammad SAW. Apa yang kita ingin buktikan kepada dunia?

Sedih mengakui hakikat bahawa hari demi hari apa yang berlaku di Malaysia semakin tidak relevan. Moga Allah masih kasihi negara ini dan rakyatnya. Amin..