Orang-orang Kulim dulu kalau nak shopping terpaksa ke Bukit Mertajam atau Penang. Di Kulim yang ada hanya kedai-kedai kecil dan kurang pilihan.
Kini Kulim telah pesat membangun. Pejabat Imigresen dah ada. Panggung wayang dah ada. Shopping complex seperti Giant dan Tesco dah ada. Sedikit hari lagi, betul-betul di depan Kulim Landmark akan ada shopping complex Mydin pula.
Dulu restoran makanan segera yang ada hanya KFC dan Pizza Hut. Kini Secret Recipe, Sushi King, A&W dan pelbagai lagi siap menunggu pelanggan termasuk Nasi Ayam Penyet dari Borneo. Mewahnya orang-orang Kulim sekarang. Orang kata dalam setiap pembangunan pasti ada pengorbanan yang perlu kita hulurkan. Kehidupan sosial anak-anak muda Kulim kini menjadi taruhan. Alangkah malangnya, pembangunan yang merosakkan anak-anak muda dibiar berterusan tanpa panduan, pedoman mahupun pemantauan. Sedihh...
No comments:
Post a Comment