Majlis Tamat Perbarisan Induksi KP17 Siri 2/2011 |
Siri 2 kali ini berbekas di hati kerana bagiku secara peribadi, kadet-kadet ini merupakan kadet terbaik yang pernah aku kendalikan. Walau mungkin ada satu dua salah laku yang terjadi namun bagiku ianya masalah kecil berbanding isu-isu berbangkit sepanjang pengalaman selama tiga tahun di AIMM.
pokok-pokok tumbang di tengah jalan |
Hujan begitu lebat waktu itu. Saipul memandu dalam keadaan berhati-hati kerana jarak pandangan mata yang terhad. Sebaik selesai melawat jeti PD, TKPP dan Pengarah Bhg Sumber bertolak pulang. Memandangkan waktu telah melepasi waktu makan tengahari, kami bertiga telah ke rumah saipul untuk lunch. Kami berada di sana kira-kira 1 jam. Alangkah terkejut melihat Bagan Pinang dan sepanjang jalan PD ke bulatan kucar kacir dengan bunyian bomba dan sebagainya. Aku mengambil gambar mana yang sempat, dalam kiraanku kira-kira 30-50 pokok telah tumbang. Rumah-rumah kampung di Bagan Pinang dilanda banjir. Tiang-tiang letrik juga tumbang menyembah bumi.
Aku dengar ada mangsa yang terkorban hari itu. Kebetulan YAB Dato' Seri Najib, PM kita pun ada bersama merasmikan majlis tamat latihan tentera dan polis. Pada merekaa yang cedera, terkorban dan kehilangan kereta serta hartabenda kuucapkan takziah.
Papan tanda tumbang atas kereta |
Ganjilnya apabila tiba di AIMM, suasana tenang-setenangnya. Tiada petir, angin kuat mahupun hujan.Tiada ribut, hanya angin sepoi-sepoi bahasa. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Bagiku terperangkap dalam kesesakan selama 2 jam dan menyaksikan keajaiban alam merupakan satu anugerah. Allah ingin kita melihat dengan mata hati agar kita lebih memahami kebesaran dan kekuasaanNya.
No comments:
Post a Comment