Budak-budak sekarang lebih suka PS2, PS3, Ipad dan permainan komputer. Bagi kami generasi yang sudah berumur ni tak ada games tersebut di zaman 1970an. Permainan kami lebih di luar rumah seperti sepak raga, polis sentri, aci menyorok dan lain-lain.
|
Tuju kasut |
Kami dulu main mengikut musim. Bila musim rounders, setiap padang penuh dengan kanak-kanak bermain rounders. Begitu juga jika tiba musim main wau @ layang-layang. Antara permainan yang masih diingat sampai sekarang adalah main tuju kasut. Memang teruja main tuju kasut kerana pasukan lawan akan cuba mematikan langkah kita dengan membaling bola ke badan setelah kasut dijatuhkan.
|
congkak 7 lubang |
|
Jengket @ Ting ting |
Ada juga yang suka bermain jengket @ ting ting. Biasanya permainan ini lebih digemari anak-anak gadis. Begitu juga congkak dan batu seremban@ selambut. Semua permainan menjanjikan keseronokan. Semakin ramai semakin seronoklah permainan tersebut.
|
Skipping |
kami suka mengumpul gelang getah dan dicantum agar menjadi tali panjang untuk aktiviti skipping. Dua orang rakan menghayun tali dan kita berada di tengah melompat mengikut pergerakan tali. Semakin lama kita dikira semakin hebat :)
Kami akan bermain sambil bernyanyi lagu mengikut lenggok tali. Antara ayatnya "morning lawrence set on ferry..." (yang lain dah tak ingat)
|
Batu seremban @ selambut |
Bila tiba musim biji getah masak dan meletup, kami ramai-ramai akan ke kebun getah berdekatan rumah. Biji getah ni kalau jual ada hasilnya. Kilang akan proses jadi minyak.
|
Laga biji getah |
Tapi aktiviti paling best adalah laga biji getah. Kita tengok biji getah sapa kuat hehe. Itupun kadang-kadang ada yang menipu dengan meletak lilin cair dalam biji getah yang telah ditebuk.
Memang banyak permainan tradisional yang seronok apabila dapat main bersama kawan-kawan. Tarik upih, toi@galah panjang, guli semuanya menyeronokkan.
Bila teringat zaman kanak-kanak, terasa bahawa sebenarnya zaman kami dulu kanak-kanak lebih beruntung. Kawasan permainan masih luas. Ibu bapa tidak sesibuk ibu bapa sekarang.
No comments:
Post a Comment