- Jangan menyombong diri dengan kecantikan sebab akhirnya ia reput di dalam tanah
- Jangan menyombong diri dengan keperkasaan dan kegagahan diri kerana akhirnya yang tinggal hanya tulang temulang
- Jangan menyombong diri dengan kerjaya dan jawatan yang tinggi kerana akhirnya kita semua hamba yang hina
- Jangan menyombong diri dengan kereta yang mewah bergaya kerana akhirnya keranda juga kenderaan terakhir kita
- Jangan menyombong diri dengan rumah banglo yang tersergam indah kerana akhirnya lubang kubur juga kita berada
- Jangan menyombong diri dengan teman lelaki/wanita yang bergaya kerana akhirnya ulat dan cacing juga teman yang setia
- Jangan menyombong diri dengan pakaian yang mahal-mahal kerana kain kapan juga yang akan membaluti kita
- Jangan menyombong dengan makanan yang lumayan dan menyelerakan kerana makanan syurga yang terbaik dan kekal abadi
- Jangan menyombong dengan bibir yang pandai berpidato kerana akhirnya hanya anggota badan menjadi saksi
- Jangan menyombong dengan ilmu tanpa amalan kerana akhirnya ia menjadi beban
- Jangan menyombong dengan isteri yang jelita, mungkin isteri sahabat anda bidadari di syurga
- Jangan menyombong dengan wangian yang mengujakan kerana sebaik-baik wangian adalah mulut orang yang berpuasa
- Jangan berbangga dengan tebal dan beratnya rantai emas kerana rantai neraka jauh lebih berat timbangannya
- Jangan berbangga dengan coretan anda yang menghias majalah kerana al Quran jua yang kekal di sisi Allah
- Janganlah membangga diri kerana diri ini pun hanya pinjaman
Ada beratus lagi alasan kenapa menyombong diri amat memudaratkan.
Ya Allah, ampuni dosa kami. Jauhi kami dari sikap takbur, sombong dan bongkak. Sesungguhnya kami menjadi saksi bahawa Rasullullah pernah bersabda " Bahawa jika ada perasaan riak di dalam diri anak nabi Adam as sebesar biji sawi, maka dia tidak akan dapat mencium bau syurga. Nauzubillah.. Moga Allah beri kami petunjuk.'
Siapalah kita hendak menyombong diri. Kadang-kadang elok kita duduk diam-diam dan berfikir sejenak bahawa kita ini benar-benar hamba yang daif.
- Nak makan, ada orang masakkan
- nak pakai baju, orang lain jahitkan
- nak pandai, orang lain turunkan ilmu
- nak rumah, ada yang binakan
- nak kereta, ada yang buatkan
- nak nasi..kita bergantung pada petani
- nak ikan..kita bergantung pada nelayan
- nak bijak..kita bergantung pada guru
- nak sihat.. kita perlukan doktor
- nak ke luar negara...kita perlukan pegawai imigresen untuk pasport
Jangan sesekali kita menyombong dengan rakan taulan dan jiran. Mungkin mereka lah pemandu kita ke liang kubur. Memang kita insan yang lemah dan daif.. namun kita sering lupa dalam keseronokan dunia. Marilah kita sama-sama memperbetulkan hala tuju. Moga niat kita diberkatiNya
No comments:
Post a Comment