Kalimah ALLAH pada kaktus |
Kita selalu disogok dengan cerita-cerita seperti pokok kaktus membentuk kalimah Allah, begitu juga nama Allah pada ikan, pada batu, pada telinga bayi yang baru dilahirkan. Hakikatnya kuasa Allah boleh dilihat lebih luas dari itu.
Jom kita tengok betapa luasnya angkasa ini, beredar dalam susunan yang teratur. Siapa yang mampu mengurus semua ini dengan begitu teratur. Mari kita lihat wajah kita di cermin... Dua mata kita amat elok letaknya. Jika kedua mata ini berada di bawah mulut, apa agaknya yang akan berlaku. Lihat pula dua lubang hidung, dua telinga dan mulut kita dimana letaknya. Bukankah mereka tersusun tepat di tempatnya. Kalau kita ni dilahirkan sebagai pelukis, cuba kita olah kembali wajah ini agar jadi lebih baik...tak perlu jawab..memang mustahil dapat dilaksanakan. Kerana kejadian kita adalah sebaiknya.
Kenapa kuku kita dijadikan? tanpa kuku sebenarnya kita tidak mampu memegang apa-apa. Jari kita akan lembik dan tidak mampu memaut apa yang ingin kita pegang. Kenapa pula mata kita mempunyai alis? Ya..tanpa alis, segala kotoran seperti peluh boleh masuk ke dalam mata. Tanpa alis mata juga, kelopak mata kita tidak mampu ditutup.
Nyalaan Api Membentuk Kalimah Allah |
Lebih baik kita dalami Asmaul Husna dan 20 sifat Allah swt. Dengan mengenali sifat-sifat Allah baru kita kenal dimana letaknya ketinggianNya di arasy. Jadilah muslim dan mukmin yang mengenal Allah secara lengkap. Selepas ini jika bulan terbelah menjadi kalimah Allah kita tak akan lagi tergamam. Kita bangkit dengan ilmu.. bahawa itulah bukti kekuasaan yang terletak pada sifatNya yang maha sempurna lagi Maha Berkuasa. Allah hu Akbar
No comments:
Post a Comment