Monday, August 22, 2011

Insaflah... buat diriku dan rakan taulan

Sempena Ramadan yang akan selesai seminggu lagi. Demi Aidilfitri..hari kebesaran kita yang akan kita raikan kerana menang dalam melawan hawa nafsu, marilah kita insafi diri. Kita kerja biarlah kerana Allah, biarlah ikhlas sebagai ibadah kepadaNya.

Kita bekerja mencuri tulang seolah-olah 'tidak diperhatikan'. Memang bos kita dalam kedaifannya tidak akan mampu memantau kita setiap masa. Namun ingatlah buat diriku dan sahabat sekalian bahawa di kiri kanan bahu kita ada malaikat yang menulis setiap perbuatan kita, merekod untuk ditimbang di akhir nanti. Bila aku berbicara, pasti tidak menyukai apa yang aku sentuh. Kita bekerja sembilan jam tetapi yang sebetulnya hanya dua hingga tiga jam. Ada yang berani..ketuk kad dan menghilang jam 5.00. Ada yang kadnya diketuk orang lain. Nauzubillah.. bahawa siksaan Allah itu benar.

Gaji dan imbuhan yang kita terima adakah benar-benar halal? Ataukah ianya bercampur dengan yang bathil? Aduh... memenuhi perut anak isteri dengan rezeki-rezeki yang tidak diredhai...dosa hukumnya. Belum terlambat, amanah yang diberikan kita selesaikan dengan baik.

Sekadar bermuhasabah diri ke arah menjadi insan yang lebih baik. Amin

No comments:

Post a Comment