Sunday, August 21, 2011

Luasnya Angkasaraya


Membandingkan keluasan universe @ angkasaraya ini, kita pasti terpegun sejenak bagaimana besarnya Maha Pencipta yang mengatur segalanya. Berbillion bintang bertebaran, beredar dengan aturan yang ditetapNya. Cuba kita ke pantai dan mengenggam pasir di tapak tangan, kita bilang butir-butir pasir dalam genggaman. Rasanya kita akan mengalah kerana penat dengan bilangannya yang banyak. Bayangkan pula bahawa butiran pasir ditapak tangan terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlahnya bintang dan planet-planet. Jumlah bintang di angkasa lebih banyak dari butiran pasir di bumi ini. Begitulah besarnya kuasa Allah swt.

Bila kita lihat bulan dan matahari tergantung di angkasa tanpa tali mahupun tiang, kita terfikir bagaimana mungkin ia beredar tanpa sokongan. Logik kita mengatakan tiada satu benda boleh bergayut tanpa disokong sesuatu benda. Tak percaya? Cuba la letak sebiji epal di udara tanpa diikat mahupun digantung.. pasti ia akan jatuh menyembah bumi.

Lihatlah awan yang menafikan teori graviti. Kita semua tahu bahawa awan mempunyai berat tersendiri. Awan yang dipenuhi air-air yang bertakung di dalamnya jika mengikut logik akal akan menyembah bumi kerana beratnya. Pelik tapi benar, awan beredar di awangan dan tidak di atas tanah.. Siapa yang mengatur semuanya? Ianya Allah swt. Maha Besar Allah, Tuhan sekalian alam

No comments:

Post a Comment