Thursday, August 25, 2011

Raya vs Merdeka

Perbarisan Tamat Latihan
Hati ni rasa sunyi saja sejak akhir-akhir ini. Di Bahagian Latihan yang tinggal hanya empat orang saja penunggu setia, yang lain telah memulakan cuti panjang sempena raya dan merdeka yang kian hampir. Dicelah-celah kesunyian ini, hatiku terhibur membaca telatah anak-anak didikku Siri 2. Mereka jauh lebih matang dari usia setahun jagung di dalam jabatan ini. Mereka harapan AIMM dan Jabatan di dalam memulihkan imej yang telah lama tercalar. Siapa sangka, mereka yang baru saja menapak ke 'dunia' mencabar ini disandarkan harapan yang begitu tinggi. Namun aku yakin..100% yakin bahawa mereka akan berjaya mengharungi halangan dan cabaran yang berada di hadapan. 


Alhamdulillah, ramai di antara mereka yang akan kembali beraya di kampung bersama keluarga. Sebagai bapa dan urusetia semasa mereka di AIMM ini, aku terasa ralat memikirkan beban demi beban yang mereka terpaksa tempuhi. Bukan saja tempoh induksi ditambah selama dua minggu, mereka juga diarahkan membantu KLIA dan LCCT menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja. Selama dua minggu mereka menjalankan tugas tanpa rehat mengikut shif masing-masing, tiada elaun lebih masa tiada elaun tugas rasmi. Mereka bekerja atas nama 'praktikal'. Namun bagiku segalanya perlu dipandang secara positif. sekurang-kurangnya mereka didedahkan lebih awal pada  suasana kaunter yang tidak pernah berlaku pada siri-siri induksi yang lalu.


Bila Dato' KPI hendakkan PKK mempersembahkan demonstrasi pada masa passing out, semua pihak gusar memikirkan sama ada ia mampu dilaksanakan. Alhamdulillah, mereka melaksanakannya bagaikan sekumpulan profesional. Aku bangga dengan mereka. Aku harapkan mereka tabah menghadapi beban tugas. Aku harapkan mereka lebih berjaya dalam hidup dan bahagia selalu.


Pada anak-anak didikku, anda semua umpama biji benih yang baik.. apabila dibuang ke darat jadi bukit..dibuang ke laut jadi pulau. Yakin diri dalam menjalankan tugas dan anggaplah setiap sumbangan adalah ibadah.


May Allah bless us always...


No comments:

Post a Comment