Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat , iaitu Ibrahim Adham .
Beliau bertanya, apakah ada ruang untuk beliau melakukan maksiat.
Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham ;
"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :
1 - Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah , derhaka kepada Allah.
2 - Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNya .
3 - Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak akan nampak kamu .
4 - Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu , makakatakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat . Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut , maka dipersilakan untuk melakukan maksiat .
5 - Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat. "
Setelah mendengar kata-kata itu , lelaki tersebut menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seseorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepadaNya .
Akhirnya , lelaki itu menemui jalan hidayah . Dia bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh . Sejak itu , dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh .
* Dipetik dari Blog Teh Secawan. Terima kasih sahabat.
No comments:
Post a Comment