Friday, August 19, 2011

Sandakan

Selama 20 tahun bertugas di Jabatan Imigresen Malaysia, aku belum pernah sampai di Sandakan. Keinginan untuk melihat Sandakan membuak-buak. Sayangnya semasa di dalam flight kami dilarang mengambil gambar puncak Kota Kinabalu. Terasa hiba dan sayu melihat puncak gunung tersebut yang selama ini hanya mampu dilihat melalui poskad dan google.

Stesen Bas Sandakan
 Aku dan Cola memilih Hotel Swiss Inn yang berada betul-betul di tepi laut. Hotelnya menarik. Kadar harganya RM150.80 bagi pegawai kerajaan dengan breakfast untuk seorang.( bayangkan kami buat apa bila hanya seorang yang diberikan makan free...ahaks). Waktu malam, laluan belakang hotel tersebut dipenuhi orang-orang bersantai.

Aku paling tak tahan bila tempat makan ada tikus berkeliaran. So malam itu kami makan KFC.. di bawah tajaan En. Cola hehehe.

Semasa bertugas di Sandakan, aku bertemu seorang sahabat lama. Namanya Lilis Surayani Raona. Dia baru saja mendirikan rumah tangga. Kami memang rapat suatu masa dulu. Segan aku dengan Cola bila dikepit dan dicium Lilis heheh.. Sempat kami merasa Nasi Kuning yang popular di sana.

Suasana belakang Swiss Inn Sandakan
Pegawai-pegawai Imigresen di negeri Sabah sedang sibuk melayan pendatang untuk program 5P. Kami dibawa melihat suasana pendaftaran pati.

Aku dan L.Surayani Raona

No comments:

Post a Comment