Rakyat berpendapatan kurang RM3,000 dibantu
IPOH 21 Ogos – Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sedang mengenal pasti langkah terbaik bagi membantu mengurangkan beban hidup rakyat akibat kenaikan harga barang.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan kurang RM3,000.
Menurutnya, kajian yang mengambil masa selama dua minggu itu akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diteliti sebelum dibentangkan pada belanjawan akan datang.
“Menerusi kajian ini, kita akan mengenal pasti pilihan terbaik bagi membantu masyarakat agar ia dapat dilaksanakan secara efisien dan efektif.
“Apa yang penting, langkah atau inisiatif yang dilaksanakan nanti dapat mencapai matlamat untuk membantu golongan tersebut dalam meringankan beban mereka,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan dan sumbangan raya, Teman 1Azam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.
Seramai 636 penduduk di Parlimen Tambun menerima sumbangan raya dan bantuan peralatan untuk usahawan yang kesemuanya bernilai RM680,000.
Ahmad Husni berkata, kerajaan memandang serius perkara itu kerana mendapati golongan yang berpendapatan kurang RM3,000 menerima kesan secara langsung ekoran kenaikan harga barang.
Harap janji tidak tinggal janji. Juga diharapkan kenaikan barang tidak terus naik dan naik mencanak. Biarlah pemberian ikhlas kerana simpati dan kerana Allah. Janganlah mencampuraduk keikhlasan dengan tujuan politik. Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment