Friday, August 19, 2011

Bengkel Penyelarasan Latihan di Suria Cherating Pahang

Aktiviti luar
Tahun 2011, inilah kali pertama bengkel dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan dan Pembangunan. Itupun nasib baik diluluskan KDN pada hari-hari terakhir sebelum bengkel dijalankan. Terima kasih pada Tuan Azriza dan Puan Azura yang cuba sedaya mungkin menjadikan bengkel ini sebuah kenyataan.

Selain dari keberkesanan latihan, bengkel juga menyentuh kepada peranan dan tanggungjawab unit-unit latihan negeri dalam membantu AIMM mengendalikan latihan.

Beli cenderahati 
Kami sempat menghabiskan masa bersama-sama di pantai cherating dan pekan kemaman. Enaknya sata dan otak2.. fuh..akan kembali untuk menjamah keduanya. Bertemankan Faizal dan Syed Hafifi kami singgah sebentar di Teluk Chempedak Kuantan. Memang bengkel kali ini mencapai sasaran. Cuma diharapkan ia tidak terhenti di tengah jalan. AIMM perlu pertingkatkan kualiti latihan yang diberikan. Itulah tanggungjawab aku sebagai sebahagian dari warga kerja AIMM. InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment