|
Pusara Arwah Ayahanda |
Inilah pusara arwah ayah sewaktu aku ziarah pada hari Selasa 16 Ogos 2011 yang lalu. Arwah ayah meninggalkan kami pada 6 Oktober 2010 bersamaan 27 Syawal 1431H sewaktu azan subuh berkumandan di Surau Hospital Pulau Pinang.
Arwah ayah akan sentiasa diingati sebagai seorang yang berdisiplin dalam mendidik anak. Beliau tegas tetapi mesra dengan anak-anaknya. Kehilangan arwah ayah amat berbekas di hati kami. Hanya doa kami titipkan setiap waktu terluang.
|
Aku,emak & arwah ayah |
Arwah ayah seorang yang rajin. Beliau membina rumahnya sendiri. perabut di bilik adikku Nazarudin dibuatnya sendiri. Meja makan kami anak beranak sehingga sekarang adalah hasil tangan arwah ayah. Seakan mengetahui bahawa hayatnya semakin ke penghujung, beliau sempat membina pagar di sekeliling rumah dengan bantuan mak.
|
sayur terakhir |
Arwah ayah juga suka bertani dan menternak. Kebun sayur yang ditinggalkan kini terbiar. Itik-itik belaannya telah diserahkan pada adiknya Mak Ndak. Ayah tahu umurnya semakin pendek. Setiap malam ayah tidur sambil duduk kerana masalah jantungnya yang penat. I miss you so much ayah..
|
Baki bata yg tinggal |
Setiap benda yang dibeli ayah akan ditanda dengan namanya. Dia cukup rimas apabila barangnya dipinjam dan tidak dipulangkan. Ayah juga menyimpan setiap resit dan mencatat barang-barang dibeli serta perbelanjaan hariannya. Disiplin ayah tak mampu diikuti oleh lima orang anaknya.
Ayah juga seorang yang seni. Antara hasil seni ayah adalah lukisan cat minyak dan jahitan cross-stich yang masih tergantung di rumah. Arwah ayah memang hebat. Sama ada barang letrik, mahupun plumbing dan rumah semua direpair sendiri.
|
Catatan aku buat ayah masa dia sedang uzur |
Tugas ayah yang terakhir adalah sebagai gurubesar sebelum bersara. Selepas itu ayah berbakti dengan caranya sendiri menjadi imam surau di depan rumah dan lain-lain. Arwah ayah seorang yang tak pandai menyimpan perasaan. Kalau ada yang dia tak suka, dia takkan akan simpan lama dan biar berbuku dalam hatinya. Itulah keistimewaannya.
|
Ayah menyayangi semua cucunya |
Aku sedih kerana ketika arwah ayah menghembuskan nafas terakhirnya aku sedang mandi di tandas surau hospital. Melihat wajah terakhir arwah ayah aku rasa pilu namun jenazahnya yang tersenyum membuat aku rasa terubat.. tiada lagi dadanya yang berombak mencari nafas.
Arwah ayah sukar dicari ganti. Beliau tidak pernah mewah dalam hidupnya. Adik-adiknya iaitu Pakteh, Mak Ndak dan Pakcik aku dijaga dan disara sejak kecil. Kereta terakhir arwah ayah hanya sebuah kancil. Arwah ayah pernah berkata " Jangan sombong dengan Allah.".. pesanan yang akan aku pegang hingga akhir hayat.
|
Arwah ayah dan mak di Tanah Suci |
Arwah ayah tak tinggalkan kami harta benda mahupun kemewahan. Dia cuma tinggalkan legasinya sebagai seorang ayah yang amanah dan bertanggungjawab. Moga arwah ayah tenang bersama-sama insan terpilih di bawah rahmat Allah. Kami anak-anak akan terus berdoa selagi nyawa dikandung badan. Al fatihah buat arwah ayah yang kami sayangi...
I LOVE YOU SO MUCH AYAH.. AL FATIHAH!
No comments:
Post a Comment