Saturday, August 20, 2011

Galeri KPI

Galeri KPI

Galeri KPI fasa pertama telah siap pada penghujung tahun 2010. Dibangunkan oleh The Red Studio Bangi pada kos RM74k. Bila melihat kualiti yang dipamirkan aku akui memang hebat namun dari segi kos aku fikirkan kosnya terlalu tinggi. 

Baru-baru ini, sudut atas kabinet telah siap dipasang. Mulanya nak letak sample tandatangan bekas KPI tetapi kualiti sample tersebut kurang memuaskan. Aku perlu ke JIM Penang untuk mendapatkan contoh tandatangan asal. 

Beberapa penambahbaikan perlu diambil tindakan segera sebelum menjelang tahun 2012. Di antara penambahbaikan yang perlu aku ambil segera adalah:

  1. Sample tandatangan bekas-bekas KPI yang lebih jelas dan terang
  2. mengadakan temujanji baru dan surat susulan mohon sesi bergambar dan menemuramah dengan bekas-bekas KPI yang masih hidup
  3. Mendapatkan lebih banyak material dari orang-orang lama. Antaranya bekas Presiden KPISM Tn Haji Abdullah di Penang dan PIT Shaiful di Kelantan
  4. Mengenalpasti Piala-piala Dato' KPI dan mendapatkan peruntukan tambahan untuk membuat replika.
  5. Menggunakan kemudahan dvd dan tv lcd untuk menayangkan segala pencapaian jabatan. Perlu menghubungi Bah. Komunikasi dan Korporat untuk mendapatkan senarai dan bahan-bahan pamiran yang relevan
Kini tugas dan tanggungjawab Galeri KPI telah diberikan kepada TPPI Jasmi Samsudin dan Tuan Syed Azizan, Ketua Perpustakaan. Diharapkan menjelang 2012, penambahbaikan kepada galeri ini pada Fasa ke 2 dapat direalisasikan.

No comments:

Post a Comment