Teringat kata-kata seorang teman ketika aku mengadu teringin nak mengendalikan kursus "Abis hang tau buat laporan saja. Tu saja kelebihan hang." Powww... seakan mukaku ini ditampar kuat. Aku mengadu mohon sokongan..rupanya diperleceh.
Kini peranan dan tanggungjawab QRD sudah semakin besar. Tugas-tugasku sekarang semakin mudah dan selesa. Sebahagian dari tugasku telah diserahkan kepada TPPI Jasmi Samsudin. Lega bila memikirkan skop kerja yang semakin kecil tetapi lebih besar pada impaknya. Segala laporan aktiviti latihan kini dikendalikan oleh TPPI Jasmi. Kulihat baru-baru ini bertungkus lumus TPPI Jasmi, PPI Azura, TPPI(II) Anas dan PI Cola menyiapkan Laporan POL. Indahnya apabila tugas diselesaikan bersama.
No comments:
Post a Comment