Hampeh betoi minah ni. Aku dan dia berpisah sejak Julai 2009. Malas aku melayan kerenah dia yang bagaikan baby lahir tidak matang. Dulu masa bersama aku jaga dia dan keluarganya bagaikan emas. Apa yang dia nak aku beli.. Apa lagi yang aku tak bantu? Kakaknya dari seorang penganggur kini bergelar Pegawai Imigresen. Dia dari tiada kereta dan rumah...kini semuanya ada.
Di awal perpisahan bolehla aku melayan lagi. Setiap kali jumpa nak duit.... duit dan duit.. Macam aku tauke balak. Kini setelah hampir dua tahun takkan nak duit lagi? Habis mana hilangnya suami dia yang dikahwini seminggu selepas abis edah. Bukankah selayaknya seorang isteri minta duit dari suami sendiri dan bukan pada bekas suami yang juga papa tak berduit ini?
Bila tak diberi, ada saja perkataan yang keluar.. Perkataan-perkataan seperti "Yahudi" dan "Babi" dah jadi biasa. Tak kurang ajar namanya? Sekarang ganggu aku lagi.. bila tak dilayan mudahnya dia mengomel " nanti awak susah jangan cari saya.." hehehe.. sapa yang susah aku pun tak pasti. Aku suka hidup aku sekarang. Bebas nak ziarah mak di kampung, duit aku sekarang aku yang punya. Sempat juga aku berjasa pada arwah ayah yang teringin sangat nak lap top dan tv lcd. Hehehe.. dunia dah terbalik.. tapi biar terbalik..aku berjanji pada diri... jandaku tiada dalam senarai hidup aku.. Biarkan aku dalam duniaku bertemankan kawan2 yang baik dan jandaku..hidup la engkau dalam dunia pilihanmu. Wassalam
No comments:
Post a Comment