- kesukaran mendapatkan kelulusan KDN untuk mengadakan kursus diluar kampus
- Tempoh pelaksanaan kursus terhad kepada lapan (8) bulan sahaja. Ianya terjadi disebabkan kelewatan peruntukan diterima, bulan puasa dan bulan Disember (penutupan akaun)
- Kehendak jabatan memenuhi Dasar Latihan (7 hari setahun) bagi setiap penjawat awam
- Kos sebenar pelaksanaan kursus yang jauh lebih rendah dari perancangan bajet yang disediakan. berlaku lebihan pada penghujung tahun
- Penginapan yang terhad di kampus terutama apabila melibatkan kursus induksi KP17 selama dua bulan
- Keperluan mengendalikan kursus-kursus ad-hoc menggunakan peruntukan sedia ada
- Sistem Pengurusan Latihan terutama dari sudut pencalonan peserta di negeri
- Kegagalan menyediakan RSP yang berkesan setelah tiga (3) tahun berlalu
Mungkin banyak lagi isu yang perlu diperhatikan. Namun senarai di atas dirasakan menjadi tunjang kepada kegagalan menjalankan latihan dengan lebih efektif.
Bila bersendirian memikirkan kaedah terbaik dan langkah-langkah yang boleh diambil sebagai menambahbaik prosedur sedia ada maka ada beberapa idea yang muncul :)
- Menyediakan visi latihan bagi tahun berkenaan (contohnya: 2012). Visi perlu ringkas dan jelas serta difahami sepenuhnya oleh setiap warga kerja AIMM. Contoh visi : Menyediakan latihan kejurulatihan secara komprehensif dan mendapat pengikhtirafan semua pihak terutama dari pihak stakeholders.
- Meneliti kembali kepincangan yang berlaku pada 2011 melalui post mortem. Senarai kursus yang difikirkan kurang berkesan akan dikaji semula modul dan silibusnya. Kursus-kursus yang kurang relevan ditolak. Kursus-kursus baru yang lebih relevan dipertimbangkan.(Jgn tangkap muat bro)
- Menyediakan senarai kursus paling kritikal berdasarkan brainstorming dan visi yang telah diputuskan. Hala tuju organisasi, pelan strategik jabatan, pelan transformasi, kehendak pelanggan dan pengurusan tertinggi hendaklah diambilkira sepenuhnya.
- Peruntukan latihan di bawah OS29000 yang diterima hendaklah diagihkan kepada tiga (3) yang utama:
- kursus-kursus anjuran AIMM (diagihkan mengikut pusat pengajian)
- kursus dalaman di peringkat negeri (diagihkan mengikut merit)
- kursus latihan kejurulatihan (diagihkan mengikut road map pusat-pusat pengajian)
Berbanding tahun-tahun lepas, AIMM boleh mengasingkan peruntukan yang ada untuk negeri setelah mengambil kira kos latihan AIMM sepenuhnya. Unit-unit Latihan Negeri akan memainkan peranan dari segi penyediaan domestik dan logistik dimana AIMM bertindak sebagai penyelaras. Dengan ini keperluan kursus mengikut prioriti di peringkat negeri lebih tepat dan mantap, pengurusan kewangan lebih cekap dan jumlah kapasiti peserta kursus akan bertambah dengan drastik.
Kaedah ini juga diyakini mampu menarik minat Pengarah-pengarah Negeri dan Bahagian untuk memberi lebih komitmen kepada pengurusan latihan kakitangan bawahannya.
Peruntukan ILA boleh dimanfaatkan bagi kursus-kursus kejurulatihan melibatkan warga kerja AIMM serta penceramah-penceramah tahap lanjutan.
5. Penyediaan sistem pengurusan latihan perlu menjadi prioriti tahun 2012.
6. Langkah menyediakan format RSP bagi setiap penceramah perlu diteruskan. Ketua-ketua Pusat Pengajian perlu memastikan setiap format yang diedarkan dipulangkan semula. Penjilidan bagi tahun 2012 juga adalah kritikal.
Ini hanya idea-idea yang datang bagaikan angin lalu. Kajian lanjut perlu dibuat bagi memastikan ruang-ruang kosong di antaranya dapat diisi. Sekian
No comments:
Post a Comment