Setiap dari mereka dulu hidup dan menjadi sebahagian dari hidupku. Teringat akan kegarangan Maktoh Murah yang meninggal di Tanah Suci Mekah, tegas dalam mendidik anak. Merindui Tok Tesah dan Tok Meah setiap kali melihat teksi melintas di depan rumah. Teringat gurau senda Pak Long Yob yang nak duit raya pada Aidilfitri. Teringat arwah Pak Ngah Nan yang baik.. pinjam kereta dia ke Lata Bukit Hijau. Memang diakui sesekali kenangan datang mengusik. Arwah Pakcik Munsyi dulu sama-sama membesar dengan aku walau dia terencat akal. Kadang-kadang tergelak bila teringat dia bercakap 'tamil' dan 'cina' dengan orang yang ditemuinya. Arwah selalu berdiri di cermin sambil 'bermain' piano. Beliau jugak amat meminati 'Mazuin Hamzah'.
Pusara Tok Wan Lah |
Arwah Tok Wan Lah, tonggak keluarga kami juga meninggal dunia pada tahun lepas kira-kira lapan bulan sebelum arwah ayah. Kehilangan kedua-dua tonggak keluarga dalam tahun yang sama memang satu penangan yang hebat dalam keluarga. Seakan-akan masih terlekat bau minyak rambut Tok Wan Lah yang memang sebati sehingga nafas terakhirnya.
Sempena Ramadan ini, doa dan tahlil ku hadiahkan buat mereka yang telah pergi dulu. Kita juga akhirnya akan ke 'sana' juga. Moga Allah mudahkan perjalanan ini. Moga Allah rahmati roh-roh arwah. Al fatihah
No comments:
Post a Comment