Saturday, August 20, 2011

Skype...

Ayah, mak & skype
Ayah dapat RM5000 sebagai sebahagian dari hasil jualan tanah arwah ibunya yang diuruskan pakcik. Dengan duit itu dia menyatakan keinginannya membeli sebuah lap-top namun masih berbelah bagi kerana difikirkan membazir. Kesian melihat ayah, aku menambah dana sebanyak RM800.00. Akhirnya ayah dengan bantuan adikku berjaya mendapatkan sebuah lap-top Compaq.

Ayah teruja dengan lap-top barunya. Dia terus berdaftar dengan P1 Wimax dan surfing setiap hari. Aku merindui saat-saat kami ber'skype' waktu malam. Dia akan menunjukkan perutnya yang bulat dan menegur aku dan biskut marie kegemaranku. Teknologi yang canggih menghubungi kami yang jauh. Kini skype sudah tidak digunakan lagi. Emak hanya menggunakan lap-top untuk melayari facebook sahaja.

Rindunya saat-saat itu.. Al fatihah

No comments:

Post a Comment