Tv lcd buat ayah |
Ketika on the way balik ke Port Dickson, kata-katanya bermain di benak. Nak meneruskan jalan terasa serba salah, terasa serba tidak kena. Lalu aku berpatah balik ke bandar Kulim yang baru saja dilalui. Sambil memandu, sambil mencari-cari kedai yang disebut ayah.
At last aku bertemu dengan kedai tersebut yang sebenarnya tidak sesukar mana dicari kerana lambakan kotak dan poster-poster jualan murah yang bersepah di muka pintu. Aku tak banyak bersoal jawab terus membayar harga tv yang diidamkan ayah. Kata tauke, tv tu cash and carry. Ingatkan nak bagi surprise bila ada yang hantar ke rumah...
Di rumah, arwah ayah dan emak terkejut melihat aku berpatah balik. Aku masih ingat lagi ketika itu, aku pegang tangan keduanya sambil memohon ampun dan maaf andainya aku anak yang derhaka dan tidak mengenang budi. Emak kata " awat hang buang tabiat ni?".. aku hanya tersenyum.. aku bawa keduanya ke kereta lantas menunjukkan tv yang baru dibeli. Ayah tersenyum dan menadah tangan menyebut alhamdulillah. Begitulah sikap ayah apabila mendapat habuan dari anak-anak. Kadang-kadang duit yang kami hulurkan tidak sebanyak mana namun wajah keriangan ayah memang tidak dapat digambarkan. Duit yang diberi akan dicium berkali-kali lantas kami dipeluk dan dicium tanda terima kasih. Itulah arwah ayah...
Masih terngiang gurauan ayah pasal tv tu.. " semua orang nampak pendek dan lebaq".. Rindu ayah. Al fatihah
No comments:
Post a Comment