Saturday, August 20, 2011

Sunyi...

Kadang-kadang hati memberontak inginkan pasangan. Terasa ada ruang kosong di hati terutama apabila menapak ke dalam rumah bujangku di Taman Intan Duyung. Sejak akhir-akhir ini ada dua tiga orang, lebih tepat lagi tiga orang wanita yang ingin berkongsi hidup denganku. Pembaca novel Spanar & Skru terbitan Alaf 21 mungkin kenal dengan Emma Maizura. Di awal perkenalan segalanya ok. Malah dia mengajar aku bagaimana melahirkan sebuah novel yang bermutu dan mampu menarik minat. Namun apabila dia mula menyebut tentang perkahwinan aku seakan disampuk hantu.. Susah aku nak komited dengan seorang wanita. Akhirnya hubungan berakhir begitu saja.

Elly, pembantu Ila (isteri Hasrunnafi) di Bistro juga pernah meluahkan isi hati. Walau kini kami masih menghubungi tetapi suasana tak seperti dulu. Aku payah nak menerima wanita dalam hidup.

Seberapa ketika, Noor yang pada awalnya kupanggil Ngah (balu kepada wak roti canai di warung Natasya) pula mulai rapat selepas kami keluar bersama ke Banting bagi urusan tanah milik arwah suaminya. Kami sering menelefon dan berutus sms. Apabila dia mula berterus terang di dalam sms... bahasanya semakin berbunga..semakin malap la mata dan hatiku. Aku terasa membazir duit sms sahaja kerana hati tak terpaut.

Apa sebenarnya yang berlaku.... Arghhhhhhhhhhhh... AKU SERIK DENGAN KAUM HAWA!

No comments:

Post a Comment