Hari ni berbuka dengan nasi goreng kerabu di restoran tomyam kat pantai batu 4. Boring dah seharian di rumah, so aku ke TF Value Mart di Bandar PD yang baru saja dibuka. Maak aii... ramainya manusia...macam2 bangsa ada.. berjalan-jalan dalam shopping complex tu cari sabun dan air kotak. Memang barang-barangnya murah berbanding Giant. Sayur daan ikan pun segar bugar.
Tengah bayar, mata terpandang makcik sorang tu yang tengah asyik mencari pelanggan. Di depannya ada budak-budak perempuan sedang berkaraoke. Makcik ini aku tengok macam syiok lebih. Dia menari dan menari tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang. Setiap orang lalu lalang ditahannya tak kira jantina. Dia mempromosi krim muka.
Selepas membayar harga barangan aku terpaksa melintas di hadapannya. Dia pantas memegang tangan aku kononnya nak menyapu krim. Aku cakap " abis air sembahyang saya"... dia tergelak mendengar komen aku. Tangannya nak menyapu entah krim apa. Aku tarik tangan dengan agak kasar dan aku bercakap lagi dengan nada yang lebih keras " tak faham ke? abis air sembahyang saya." Dia seakan terkejut dan meminta maaf.
Aku terus melangkah pergi. Aha... jangan ingat semua pelanggan sama.
No comments:
Post a Comment